Monday, January 28

UCAPAN SELAMAT


Kali ini saya ingin berkongsi ucapan selamat yang menjadi asas komunikasi.
Di dalam bahasa Korea, ada satu ucapan selamat yang sesuai digunakan pada bila-bila masa.

안녕하세요 : Hello

안 녕 하 세 요
an - nyong - ha - se - yo

*Kalau ㅇ berada di hadapan sukukata, ianya tidak dibunyikan.
Kalau ianya di belakang, bunyinya '~ng'

* tiang ㅔ tu bunyinya 'e' seperti mana kita menyebut 'sepak'.


안녕 (an-nyong) bermaksud keadaan yang bagus (well di dalam Bahasa Inggeris)

manakala 하세요 (haseyo) pula bermaksud 'sila jadi' atau to be di dalam bahasa Inggeris.

Ucapan ini adalah ucapan sopan dan sesuai digunakan apabila pertemuan antara dua pihak. Kiranya macam beri salamlah.

Selamat berlatih!


Perkataan hari ini :

저 (cho) : Saya (bahasa sopan)
나 (na) : Saya (bahasa biasa)

No comments: