Monday, January 28

PERKATAAN DARI DRAMA KOREA


Bagi yang selalu tengok drama korea, pasti perasan beberapa patah perkataan yang selalu digunakan di dalam dialog mereka. Biasanya ini adalah perkataan-perkataan yang memang biasa digunakan seharian di dalam perbualan.

Okay hari ini saya nak kongsikan sepatah dua yang saya selalu dengar (alamak kantoi tengok drama korea). Kalau tengok drama korea mesti pernah dengar punya perkataan2 di bawah ini.


1. Mani-mogo! (많이먹고)
- Makanlah banyak-banyak! (Janganlah segan!)
+ Takusan tabete! (bahasa jepun untuk akak Maria)

2. Palli! (빨리!)
- Cepat!
+ Hayaku!

3. Shiro! (싫어!)
- Taknak!
+ Iyada!

Semua di atas adalah di dalam bahasa tak formal dan biasanya dipakai di antara kawan-kawan saja. Kalau nak tau bahasa yang formal macam mana, hujungnya ada 'yo' (요) atau 'da'(다).

Setakat ni je yang saya terfikir. Nanti kalau ada saya kongsikan lagi ya.
Okay, selamat tengok drama Korea!

No comments: